Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Atlet sukan jadi idola!! Boleh kerr??

Hello guys !! apa khabar !! aku muncul kembali dalam entri terbaru.. kali ni aku ada idea sikit nak update untuk perkongsian dan sembang santai kita ni.. korang dah ready ke belum? baik hari ni kita teruskan sembang-sembang kita dengan tajuk kehebatan seorang ahli sukan.. alaa simple jerr sebab aku masih tak tahu nak bincang tajuk besar-besar..


yerlaah kaang aku tulis serius korang tak faham pula kann.. lebih baik kita sembang benda simple tetapi bermanfaat. Baiklah, ramai antara kita yang nak jadi ahli sukan sebab dapat badan lawa serta adaa yang korang tahu nak jadi ahli sukan sebab senang dapat jersi dan bantuan bila sertai kejohanan-kejohanan besar tau..


Macamlah korang tak tahu setiap wakil negara dan negeri akan mendapat bantuan dari segi kewangan dan juga dari segi keperluan mereka untuk memudahkan urusan mereka bertanding dan fokus kepada pertandingan..jadi sebab itulah ramai yang cuba nasib nak dapat semue keistimewaan itu dan menjadi atlet sukan di peringkat negeri dan negara.


Kehebatan Atlet Sukan: Inspirasi, Dedikasi, dan Impak Positif.

Aku rasa ramai jer yang nak jadi atlet sukan kaan.. tak kiralah dari sekecil-kecil usia sehinggalah yang sudah dewasa pun ramai jer nak jadi ahli sukan.. ada juga yang tak sengaja jadi ahli sukaan.. ehh boleh pula jadi macam tu, katanya niat asal hanya untuk sihatkan badan tetapi tiba-tiba jadi terpilih pulaa untuk menjadi atlet.. nasib mereka macam tu kan.. 


Korang selalu nampak atlet sukan ni macam apa? kalau aku nampak mereka ni sebagai satu manusia yang mempunyai tahap kesihatan terbaik terutamanya dari segi fizikal dan mental.. Mereka juga mampu menggalas tanggung jawab yang baik demi negara dan negeri.. bukan semua boleh hadapi dan lakukan perkara macam ni kaan..


Korang sedar tak yang ramai daripada kita yang berminat untuk menjadi ahli sukan sejak di bangku sekolah lagi.. malah sekarang ni dari peringkat 7 tahun dan 8 tahun dah mula dipilih menjadi wakil negeri bagi kategori tersebut.. nampak sangat yang mereka perlu melalui fasa yang lama jika mahu menjadi atlet sukan yang berjaya.


Antara perkara yang menjadi ciri-ciri penting untuk menjadi ahli sukan yang hebat bagi aku lah kaan dia tu mesti mempunyai semangat dan kekuatan untuk berkorban. yelah nak jadi atlet ni bukan mudah tetapi kalau kau tak kental,, boleh koyak beb.. fuhh macam ada pengalaman.. ehh taakk aku bukan ahli sukan tapi berangan jerrr.. haha


Seorabng ahli sukan memerlukan ketekunan yang lama dan besar. Mereka bukan macam kita boleh pilih nak buat latihan bila-bila masa kaan..tapi diorang ni dah kena berlatih dari awal pagi tauu.. kalau anak didik misbun sidek tu, sebelum subuh dah kena ada dalam court.. kalau tidak kena maki lah sepanjang pagi tu nanti.. hahaha


Begitu juga dengan nama-nama besar serta lagenda sukan macam usain bolt dan dato lee chong wei. kesemuanya menunjukkan kekuatan mental dan fizikal untuk kekal lama dalam aktiviti sukan yang mereka ceburi.. Sehinggakan mereka berjaya menjadi atlet berprestasi tinggi yang digilaai ramai peminat seluruh dunia..


Kita nampak diorang semua ni bila berjaya jerr tapi hakikatnya mereka melalui fasa yang sukar, macam lee chong wei perlu melakukan latihan keras sewaktu menyertai kejohan dunia yang membuatkan ramai terkesan dengan komitmen dia dalam membanggakan Malaysia.. itu yang ramai tak nampak, yang kita namapak jumlah duit yang dia menang kann.. 


Siap kata seronoklah dia dapat duit banyaakk.. tak susah-susah cariii.. tapi kita tak fikir pengorbanan yang diorang lakukan demi negara kita..Perngorbanan mereka juga termasuklah masa mereka dengan keluarga mereka yang terpaksa mereka tinggalkan sepanjang melakukan latihan bersama dengan skuad kebangsaan mahu pun pasukan mereka. 


Sebab itulah ramai yang menghargai pengorbanan mereka terutamanya bagi generasi muda. Sebab apa ramai yang tak dapat lakukan seperti itu.. Kejayaan mereka yang berjaya dicapai ini menjadi idola kepada budak-budak muda sekarang ni. Macam mana Arif aiman yang kini menjadi kegilaan ramai anak muda untuk menceburi bidang bola sepak.


Ia sekali gus menaikkan semangat diorang untuk berjaya dalam bidang yang sama.. Ingat tau !! kalau korang datang baca entri ni, aku nak bagi tahu jangan lupaa pesanan aku ni, teruskan berusaha sehingga berjaya jangan putus asa kerana kejayaan itu tidak datang dengan senang lenang. Ia pasti sukar tetapi bila dah dapat benda tu, ia akan menjadi lebih mudah.


Contoh lain adalah atlet paralimpik negara, Ridzuan Puzi yang pernah menjadi fenomena dan inspirasi kepada orang lain yang ada kekuranagan sepertinya untuk berjaya sepertinya..walaupun ffizikal tidak sempurna tetapi dia mampu mencipta sejarah di peringkat tertinggi dunia dan ia menjadi idola kepada anak muda yang lain untuk tidak kenal erti putusa asa..


Ramai tak sedar yang atlet-atlet sukan melalui cabaran meeka sendiri.. haa bukan nampak hebat tetapi mereka juga melalui fasa sukarr..  macam aku dah cakap dekat atas tadi.. tapi ada cabaran lain yang membuatkan mereka hidup dalam tekanan.. antaranya adalah untuk kekal menang dalam setiap pertandingan merupakan sesuautu yang sukar.


Bila menang ramai puji dan bila kalah ramai kecam. pada masa yang sama mereka juga menjadi tumpuan segala media.. dari online sampailah ke hardcopy dan sembang kedai kopi pun dok ulas benda yang sama.. kesian diorang tau.. bila banyak benda beri tumpuan kepada mereka, tekanan akan lebih tinggi sebab ramai beri harapan tinggi kepada mereka..


Jadi mereka sedar yang kalau gagal mesti akan jadi mangsa kecaman netizen dan peminat mereka.. selain itu, atlet juga risau kalau mereka cedera.. sebab ramai atlet yang tidak dapat kembali apa yang mereka lalui selepas merek akkembali dari kecederaan.. prestasi mereka akan tidak sama sebab mereka sudah berehat panjang dan menyukarkan untuk mereka bangkit..


Ada juga yang terus bersara sebab sudah sukar untuk pulih dan kembali bersaing..menyebabkan cabaran besar kepada para atlet bagi mengelakkan mereka bersara awal..korang ingat dengan michael jordan tak? dia dulu pun bermula dari bawah. pernah gagal selsection tetapi akhirnya menjadi yang terbaik di dunia selepas itu..


Inilah contoh terbesar mengenai kegagalan yang tidak mematahkan semangat atlet untuk terus berjaya di masa hadapan. Diorang kena terus berusaha dan berusaha sehingga berjaya.. walaupun sedikit ujian tetapi pasti ada sinar di hujungnya. itulaah erti tak kenal dengan kegagalan yang ramai tak tahu tetapi dah berjaya barulah dia sedar..


Ok itulah kehebaatan atlet sukan yang ramai tak tahu.. Mereka adalah icon kepada hasil pengorbanan dan ketekunan mereka yang menjadi inspirasi kepada semua lapirsan masyarakan.. kiranya diorang ni menjadi dorongan kepada atlet kita dan pada masa yang sama kepada anak muda sebagai batu loncatan untuk mereka berjaya.


Itu jerlah kita yang kita boleh bincang hari ni..aku tahu korang sukaa tajuk ni tapi aku kena stop kejap sebab ada kerja lain.. jangan risau sebab aku akan update lagi dan lagi untuk korang pembaca setia blog aku ni.. hehe korang pun rajin-rajinlah komen untuk kita saling kenal mengenali.. barulah kita boleh terus kekal berkawan sampai bila-bila..


terima kasih sebab baca sampai habis ya..kita jumpa dalam entri seterusnya kejap lagi ya..

إرسال تعليق for "Atlet sukan jadi idola!! Boleh kerr?? "