Adakah Mereka Faham Usaha dan Pengorbanan Atlet?

Adakah Mereka Faham Usaha dan Pengorbanan Atlet?. Itu persoalan yang dilontarkan oleh pemain muda perseorangan lelaki negara, Justin Hoh selepas dikecam netizen kerana kalah di tangan pemain taiwan pada ahad.


Justin meluahkan rasa kecewanya kepada peminat yang mengkritiknya susulan kekalahan kepada Cheng Kai  di terbuka marianas utara baru-baru ini.


Kenyataan kritikan dikeluarkan oleh peminat yang menggunakan nama BadmintonLovers dengan kritikan pedas. Malah individu itu sendiri juga menghantar pesanan terus kepada Justin dengan mengatakan; 


Adakah Mereka Faham Usaha dan Pengorbanan Atlet?



"Hi Justin, mental kena kuat jangan harapkan 'power smash' sahaja, bola banyak keluar, harapkan bola 'out opponent (miss judgement) mean u are not work hard and skillfull'.


"Lee Chong Wei tak akan biarkan bola keluar kalau tidak yakin 80 peratus bola itu akan keluar dan selalu 'backhand' semula bola itu tepat serta tidak selalu keluar.


"Kamu ikut penyakit bola keluar dari Zii Jia ke? Janganlah tanya bekas sifu, apa kelemahan (diri sendiri) sebab Cheng Kai (pemain Taiwan) dapat mata daripada bola keluar dan bola tak nak ambil. Nampak sangat sikap dalam perlawanan tak bersungguh dan agak malas. Harap bola keluar dari pihak lawan saja (dapatkan mata). Maaf saya cakap macam ini sebab saya rasa kamu sangat berpotensi tapi disiplin dalam permainan kurang.


"Akak (Kakak) ini badminton lover la. Kita cakap sebab kita nak kamu jadi lebih bagus. Kadang-kadang kamu tidak nampak tapi BL nampak suka sebab kamu ada potensi jadi juara dunia. Tapi kalau kamu sebagai pemain, muda lagi tidak boleh terima. Sangat kurang sikap," katanya secara peribadi di Instagram (IG) Justin.


Justin tidak duduk diam dan membalas kenyataan tersebut dengan berkata :


"Saya benar-benar tidak faham mengapa orang sekarang mempunyai banyak sangat pendapat.


"Adakah mereka benar-benar memahami usaha dan pengorbanan di sebalik seorang atlet?" katanya.


Sumber : Harian Metro.


Kita harap justin jangan layan komentar-komentar yang bukan-bukan mengenai dirinya. Please avoid sosial media kalau nak terus fokus kepada permainan.


Lebih baik fokus kepada saranan pelatih daripada netizen. kita tak mampu nak puaskan hati semua peminat tetapi yang lebih penting adalah kita sudah kuat berusaha untuk capai apa yang kita inginkan.


Good luck justin !!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama