Skuad Takraw Malaysia Tak Takut Lawan Thailand di Final Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Skuad Takraw Malaysia Tak Takut Lawan Thailand di Final Piala Dunia Sepak Takraw 2024. Keyakini ini diluahkan oleh pemain negara, Mohamad Azlan Alias menejalang perlawanan akhir malam ini.


Malaysia dijadual akan bertemu dengan Thailand dalam aksi final ini. Jelas Azlan dia berkata;  


"Saya percaya esok akan ada keajaiban Insya-Allah, kami akan buat yang lebih baik seperti penonton hendak. Untuk final, saya akan beri lebih daripada 100 peratus bagi memastikan kejuaraan di halaman sendiri.


Skuad Takraw Malaysia Tak Takut Lawan Thailand di Final Piala Dunia Sepak Takraw 2024



"Perlawanan esok penting dan saya tiada perasaan takut jumpa Thailand sebab saya percaya pada rezeki, kalau betul ada rezeki esok Malaysia menang, menanglah esok," katanya.


Manakala Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun  pula berkata


"Kita mengharapkan pemain tidak terlalu pandang tinggi kepada barisan pemain Thailand supaya kita dapat memberi persaingan dan satu kejutan dalam perlawanan esok (final).


"Kita harapkan juga pada pemain mempamerkan semangat melawan dan mereka dapat mengambil satu semangat juang tinggi untuk memperbaiki keputusan di final (selepas tewas beberapa kali kepada Thailand)," katanya.



Kita doakan skuad negara memenangi piala dunia takraw pada malam ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama