Goh Jin Wei Sedia Berjuang di Masters Malaysia

Goh Jin Wei Sedia Berjuang di Masters Malaysia. Berdepan dengan pelbagai kritikan, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei sudah bersedia untuk kejohanan di halaman sendiri.


Goh Jin Wei Sedia Berjuang di Masters Malaysia




Jin Wei berkata 


"Ini semua kerana saya masih lagi ada kepercayaan kepada diri sendiri dan tetap akan berjuang habis-habisan walau apa pun keputusan yang saya raih sebelum ini," kata perseorangan wanita nombor satu negara itu.


"Dulu mungkin saya rasa terkesan dengan apa diperkatakan orang lain, tetapi selepas menjalani pembedahan (usus) saya mengharunginya seorang diri, hampir setiap waktu saya menyendiri, namun lama-kelamaan saya mampu menyesuaikan keadaan.


"Tiga rakan baik saya (Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing) banyak memberi motivasi. Kami berdepan masalah yang berbeza.


"Mungkin Pei Jing lebih tua daripada kami, namun dia banyak berkongsi pelbagai masalah dan situasi," katanya.


"Ada sahaja nasihat dan kesan daripada psikologi apabila mereka sentiasa memberikan saya motivasi.


"Jadi saya tidak sedih apabila melihat mereka merangkul kejuaraan, saya hanya kecewa kepada diri saya sendiri dan dalam masa sama bangga dengan keputusan mereka raih.


"Masters Malaysia nanti adalah platform terbaik buat saya menjelang Sukan Olimpik Paris 2024. Saya akan fokus kepada permainan saya dan mempersiapkan diri sebaik mungkin," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama