-->

Skuad Malaysia Kalahkan Australia 4-1 di Piala Uber 2024

 Tahniah kami ucapkan buat skuad Malaysia yang berhasil memperoleh kemenangan pertama di Piala Uber 2024 dengan menewaskan pasukan Australia dengan keputusan 4-1.


Walaupun sudah terlambat, tetapi kemenangan ini penting dalam memberi mata berharga terhadap ranking pemain-pemain negara.


Hari Indah skuad uber negara bermula dengan kemenangan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang mengalahkan Tiffany Ho dengan keputusan 21-6 dan 21-12 dalam masa 29 minit sahaja.


Skuad Malaysia Kalahkan Australia 4-1 di Piala Uber 2024



Kemudian beregu wanita negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei xing  pula terpaksa berpuas hati apabila kalah kepada setyana mapasa dan angela yu dengan keputusan 21-15 dan 21-17 dalam masa 37 minit.


Kemudian pemain perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching mudah mengalahkan Sydney Tjonadi dengan keputusan 21-16 dan 21-3.


Ho Lo ee dan Tan Zhing Yi berjaya mengalahkan Kaitlyn EA dan Gronya Somerville dengan keputusan 21-12,13-21 dan 21-10


Pemain terakhir siti zulaikha pula mengalahkan Isabella Yan dengan keputusan 21-10 dan 21-10.


Keputusan akhir Malaysia 4-1 Australia. Skuad negara tidak layak ke pusingan seterusnya selepas kalah dalam dua perlawanan pertama.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama