-->

Pemain Badminton Malaysia akui perlu perbaiki banyak perkara

Pemain Badminton Malaysia akui perlu perbaiki banyak perkara. Walaupun kekalahan kepada denmark semalam, tapi rata-rata pemain negara bermain dengan baik dan memberi cabaran kepada lawan.


Kini Malaysia menanti lawan di suku akhir dan pasti ia akan menjadi semakin sukar dengan pasukan yang berstatus hebat sudah keluar dari kumpulan masing-masing.


Pemain Badminton Malaysia akui perlu perbaiki banyak perkara



Lee Zii Jia berkata: 


"Dari segi permainan banyak lagi perlu dipertingkatkan, malah saya sendiri juga meletakkan jangkaan tinggi dan mahu beraksi dengan baik. Saya tidak berpuas hati," kata Zii Jia yang tumpas di tangan Viktor Axelsen 16-21, 22-24.


Aaron Chia berkata;


"Permainan kami ada sedikit peningkatan terutama dari segi emosional. Tumpas di set pertama membuatkan kami sedar akan tanggujawab yang digalas untuk mencari mata penyamaan. Jadi kami tenang dan kekal fokus, bagi memastikan bahawa kita ada peluang," kata Aaron.


Wooi Yik berkata;


"Set penentuan tadi memang agak sukar, namun kami berjaya menenangkan diri," kata Wooi Yik selepas dia dan Aaron mengalahkan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 17-21, 21-17, 21-16.


Hari ini, skuad piala thomas akan berehat seketika dan akan menyambung perlawanan pada 2 Mei 2024 ini di suku akhir. Hanya skuad piala uber sahaja akan melengkapkan jadual mereka hari ini.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama