-->

Malaysia Gagal Ke Final Piala Thomas 2024

Malaysia Gagal Ke Final Piala Thomas 2024. Misi mustahil menjadi lebih mustahil dengan kekalahan skuad negara kepada China dengan keputusan 3-1.


Malam suram skuad negara bermula dengan kekalahan mengejut Lee Zii Jia kepada Shi Yu Qi dengan keputusan 21-19 dan 21-5 dalam tempoh masa 39 minit sahaja.


Namun kekecewaan itu dibalas dengan kemenangan oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik apabila mereka mengalahkan Liang Wei Keng dan Wang Chang dengan keputusan 15-21,21-12 dan 21-17. Masa yang diperlukan adalah 55 minit.


Malaysia Gagal Ke Final Piala Thomas 2024



Kemudian, Leong Jun Hao memulakan perlawanan yang baik namun semua tidak menjadi selepas itu. Jun Hao kalah 21-17 dan 21-10 dalam masa 47 minit kepada Li Shi Feng.


Dikala tumpuan dan harapan terarah kepada pasangan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin untuk menyamakan kedudukan. Namun sayang mereka juga kalah dengan keputusan 18-21, 21-19 dan 21-12 kepada pasangaan He Ji Ting dan Ren Xiang Yu.


Dengan kekalahan itu menyaksikan Malaysia gagal ke final piala thomas 2024 dan kali terakhir malaysia ke final adalah ketika 2014. Waktu itu masih ada chong wei lagi.


Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat. Kami lihat kesungguhan anda dalam kejohanan kali ini. Mungkin tiada luck untuk menang lagi, teruskan usaha lepas ni banyak lagi tournament yang akan datang.


Terus harumkan nama Malaysia!

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama