Malaysia Benam Jepun Layak ke Separuh Akhir Piala Thomas 2024

 Bagai tidak diduga, skuad Malaysia membenam Jepun dan layak ke separuh akhir Piala Thomas 2024. Malaysia menang 3-1 dalam perlawanan suku akhir sebentar tadi. 


Lee Zii Jia memulakan malam indah skuad negara dengan mengalahkan Kenta Nishimoto dengan keputusan 21-13 dan 21-3 dalam masa 33 minit.


Kemudian, Jepun mencipta kejutan apabila beregu mereka Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi mengalahkan bekas juara dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dengan keputusan 18-21,21-14 dan 21-19.


Malaysia Benam Jepun Layak ke Separuh Akhir Piala Thomas 2024



Ketika peminat sudah risau, Leong Jun Hao menghadiahkan satu mata berharga buat negara apabila dia mengalahkan Koki Watanabe dengan keputusan 21-13 dan 21-10 dalam masa 35 minit sahaja.


Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mengesahkan kemenangan negara dengan mengalahkan Akira Koga dan Taichi Saito dengan keputusan 18-21,21-15 dan 21-12 dalam masa 1 jam 6 minit.


Justin Hoh pemain terakhir tidak bermain memandangkan format suku akhir hanya mencari 3 kemenangan sahaja berbanding peringkat kumpulan yang semua pemain kena main. 


Kita juga tidak melihat kelibat Kento Momota dalam perlawanan ini sebeb dia diletakkan sebagai pemain terakhir yang akan melawan Justin Hoh.


Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah bertungkus lumus bermain dengan begitu baik dan membanggakan negara.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama