Indonesia U23 Raih Tempat Keempat AFC U23

Selesai sudah penentuan tempat ketiga kejohanan, Indonesia U23 Raih Tempat Keempat AFC U23 yang menyaksikan pasukan Iraq meraih kedudukan ketiga dan layak ke Olimpik Paris 2024.


Indonesia masih mempunyai peluang untuk layak ke Olimpik dan perlu mengalahkan Guinea dalam perlawanan playoff.


Shin Tae Yong berkata ;



Indonesia U23 Raih Tempat Keempat AFC U23



"Tahniah kepada pasukan Iraq kerana mara ke Sukan Olimpik. Ya, ini sudah tentu keputusan yang malang. Kami telah melakukan yang terbaik," kata Shin Tae Yong, memulakan sesi sidang media.


Jurulatih dari Korea Selatan itu turut memberi motivasi kepada pemain yang masih mempunyai peluang terakhir untuk merealisasikan impian ramai rakyat Indonesia.


"Kami masih mempunyai peluang untuk memasuki Sukan Olimpik. Hari ini kedua-dua pasukan bekerja keras untuk mendapat tempat ketiga dan tiket ke Sukan Olimpik. Kedua-dua pasukan bermain dengan baik."


“Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada pemain pasukan kebangsaan Indonesia yang telah mencuba yang terbaik dalam perlawanan ini,” sambung Shin Tae Yong.


Highlight dan Statistik Indonesia u23 vs Iraq u23


Gol pertama terhasil pada minit ke 19 menerusi ivan jenner namun selang beberapa minit, Iraq menyamakan kedudukan menerusi Zaid Tahseen. 


Perlawanan kekal 1-1 sehingga selesai 90 minit perlawanan. Namun gol kedua Iraq muncul setelah masa tambahan permain iaitu pada minit ke 96.


Ali Jasim menjaringkan gol kemenangan untuk Iraq.


Dari segi statistik pula menyaksikan, Iraq lebih banyak menyerang dengan 22 percubaan dan 7 daripadanya adlaah on target.


Indonesia U23 Raih Tempat Keempat AFC U23


Manakala indonesia pula hanya dengan 16 percubaan dan 3 on target.


Ball Possession pula dikuasaai oleh indonesia dengan 52 peratus dan Iraq dengan 48 %. Pass Accuracy kedua-dua pasuakan seimbang dengan 82 % indonesia dan 81% untuk iraq.


keputusan akhir Iraq 2-1 Indonesia.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama