-->

Akhyar Rashid Disamun dan Dipukul

Berita yang kurang enak didengar apabila Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid Disamun dan Dipukul dalam satu kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu. 


Dalam kejadian itu, Akhyar dikatakan telah hilang telefon bimbit dan juga dompet miliknya yang disamun perompak berkenaan.


Akhyar Rashid Disamun dan Dipukul



Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Akhyar, 25, yang baru saja turun dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di bahagian kepala dan badan oleh suspek yang tak dikenali.


Difahamkan, suspek turut merampas dompet dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.


Akhyar kemudian di bawa ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan. Dia cedera di kepala akibat daripada kejadian itu.


Bagaimanapun, Akhyar dilaporkan berada dalam keadaan stabil.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama