-->

Tugas Getir Skuad Piala Uber Menentang Taiwan

Aksi pertama hari ini melibatkan pasukan Malaysia vs Taiwan untuk kejohanan Piala Uber 2024 dan pasti ia bakal mengukur keupayaan skuad negara.


Malaysia bermain di piala uber dengan status bukan pilihan dilihat bakal menghadapi perlawanan yang sukar dalam kumpulan B hari ini.


Goh Jin Wei akan memulakan perlawanan pertama dan diharap dapat memenangi perlawanan dan menyumbang mata pertama untuk skuad negara.  


Tugas Getir Skuad Piala Uber Menentang Taiwan



Jurulatih perseorangan wanita negara, Yogendran berkata; 


"Bagi saya, menentang Taiwan amat penting buat skuad wanita kerana menentang Thailand amat sukar. Ia macam misi hidup mati buat skuad negara.


"Thailand mempunyai tiga perseorangan yang kuat berbanding Taiwan hanya Tzu Ying yang terlalu dominan.


"Sukar untuk mendapatkan kemenangan dari Thailand jadi kita perlu menang ke atas Taiwan dan pasukan juga wajib menang ke atas Australia," kata Yogendran.


Pemain beregu wanita, Tan Zhing Yi berkata; 

"Harapan kami sekarang adalah untuk cuba melakar kejutan ke atas pasukan yang berada pada ranking lebih tinggi. Semangat pasukan berada berada dalam keadaan baik dan kami juga tidak berada dalam tekanan," ujarnya.

Semoga aksi pertama ini dimenangi oleh skuad negara.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama