-->

Keputusan Malaysia vs Hong Kong Piala Thomas 2024

Senyum lebar melihat keputusan Malaysia vs Hong Kong pagi tadi dalam kejohanan Piala Thomas 2024 yang mana skuad negara menang 5-0 mengalahkan lawan.


Hari bahagia skuad kebangsaan bermula dari kemenangan Lee Zii Jia apabila dia mengalahkan 21-18, 21-18 dalam aksi yang berlangsung 45 minit.


Zii Jia berkata :  "Saya gembira kerana dapat beri mata pertama untuk pasukan Malaysia.

"Secara jujurnya, saya rasa sangat tekanan juga kerana mata pertama itu penting untuk pasukan dan saya gembira akhirnya saya dapat beri mata itu," kata Zii Jia.


Kemenangan kedua  diperoleh menerusi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang mengalahkan pemain Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi, 21-16, 21-12.


Keputusan Malaysia vs Hong Kong Piala Thomas 2024



Aaron berkata;


"Saya rasa masih ada kekurangan yang boleh diperbaiki tapi secara keseluruhan saya OK dengan perlawanan hari ini. Mungkin sebab kita mempunyai kelebihan berbanding lawan namun kita kena fokus dalam setiap perlawanan akan datang," kata 


Kemenangan ketiga diperoleh oleh Leong Jun Hao yang mengalahkan Ng Ka Ling 17-21, 21-12, 21-15 dalam masa 61 minit.


Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turun selaku beregu kedua mengalahkan pemain hong kong, Lee Chun Hei-Tang Chun Man 21-19, 21-18 .

Kemenangan terakhir di menangi oleh Justin Hoh dengan mengalahkan pemain Chan Yin Chak 21-17, 19-21, 21-17.


Misi esok lagi penting apabila kita bertemu dengan denmark. 


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama