-->

Saya Mahu Berikan Yang Terbaik- Jun Hao

Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang menjadi antara pemain yang harus diberi perhatian dalam Piala Thomas meluahkan rasa ingin berikan yang terbaik untuk negara.


Jun Hao juga berkata dia mahu berguru dengan Lee Zii Jia menjelang perlawanan pertama kejohanan berprestik tersebut.


Saya Mahu Berikan Yang Terbaik- Jun Hao



"Skuad Piala Thomas negara kali ini lebih seimbang kerana kita mempunyai ramai pemain yang berpengalaman.


"Jadi saya mahu berikan yang terbaik untuk negara dan akan berusaha sehabis baik untuk memberikan mata.


"Saya akan bertemu dengan Zii Jia sebaik saja dia menyertai kem latihan negara nanti. Mungkin dia boleh bantu.


"Saya juga akan bincang dengan jurulatih untuk mencari strategi dan mengenai corak permainan Ka Long sebagai persiapan nanti," katanya.


Terdahulu Zii Jia memilih untuk tidak bersama kem latihan negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) minggu lalu kerana mempunyai program bersama jurulatihnya Wong Tat Meng.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama