Malaysia Langkah Kiri di Piala Uber 2024

 Malaysia Langkah Kiri di Piala Uber 2024 walaupun mereka sudah berusaha sehabis baik namun rezeki masih belum menjadi milik Malaysia. 


Skuad negara bermula tempang apabila Goh Jin Wei tewas kepada pemain utama Chinese Taipei iaitu Tai Tzu Yong dengan keputusan 21-19 dan 22-20.


Kemudian beregu negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing cemerlang mengalahkan beregu lawan, HSU Ya Ching dan Lin Wan Ching dengan keputusan 21-19 dan 21-17.


Malaysia Langkah Kiri di Piala Uber 2024



kemudian Letshanaa gagal mengalahkan wen chi hsu walaupun sudah menang set pertama perlawanan. Letshanaa kalah dengan keputusan 13-21,21-17 dan 21-16.


Kekalahan negara diteruskan dengan beregu wanita Ho Lo Ee dan Tan Zhing Yi yang kalah kepada Hu Ling Fang dan Teng Chun Hsun dengan keputusan 21-17 dan 21-11.


Perlawanan terakhir melibatkan pemain wong ling ching yang kalah kepada sung shuo yun dengan keputusan 21-17 dan 22-20.


Ini merupakan kekalahan pertama skuad negara di Piala Uber 2024 dan masih mempunyai peluang layak ke pusingan seterusnya dengan syarat mengalahkan dua lagi negara dalam kumpulan mereka.


Ayuh Bangkit!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama