-->

3 Kelab Di Malaysia Sesuai Untuk Luqman Hakim

3 Kelab Di Malaysia Sesuai Untuk Luqman Hakim. Ramai melihat peluang untuk Luqman Hakim penyerang skuad bawah 23 tahun negara memperbaiki prestasinya dan menjadi penyerang unggul masih terbuka luas.


Namun, pemain itu kena betul-betul pilih liga yang sesuai dengan dirinya dan memudahkan dia bersaing dengan pemain-pemain lain. Ketika ini, Luqman bersama pemain u23 malaysia di piala asia di qatar.


Menurut jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin berkata kepada harian Metro,


3 Kelab Di Malaysia Sesuai Untuk Luqman Hakim



"Satu saya puji Luqman ini, apabila dia terus berusaha untuk cuba dapatkan tempat di luar negara. Cuma apabila kita bersaing di peringkat global maksudnya nak dapat tempat bermain di Eropah, ataupun di negara negara Asia yang kuat.


"Faktor fizikal ini sebenarnya subjektif, tapi apabila asas dan kebolehan individu tak capai piawaian standart liga itu mahukan, kita hanya akan jadi kuda latihan saja.


"Keyakinan jurulatih untuk beri kita bermain dalam perlawanan sebenar tak ada, sebab tak capai. Oleh itu cadangan saya kepada Luqman adalah jika dia masih nak berkelana di luar negara, cuba dapatkan peluang di sekitar Asia Tenggara.


"Mainlah di Thailand ke, main di Vietnam ke atau di Indonesia. Luqman ini kalau dia nak jadi bagus dia kena bermain, bukan sekadar berlatih...yang berlaku kepada Luqman sekarang ialah dia sekadar macam 'kuda latihan' sahaja.


"Nampaklah nama dia didaftarkan sebagai pemain, tetapi apa benda yang dapat beri manfaat kepada dia. Perlawanan sebenar tidak bermain ataupun jarang bermain, atau sekali sekala bermain.


"Tapi apabila lama tak main perlawanan besar dengan intensiti tinggi dia takkan capai dan jurulatih takkan beri dia peluang bermain.


"Ini bukan macam Liga Malaysia yang boleh beri peluang lima minit atau 10 minit, tapi bila pergi luar negara 'expectation' mereka umur 17 atau 18 dah kena main dalam pasukan pertama di mana 'demand' kat sana terlalu tinggi," katanya.


"Dia kena pilih pasukan yang boleh beri minit dan peluang bermain disamping bermain bersama rakan sepasukan yang di tahap tinggi. Janganlah balik nak main kelab-kelab kecil nanti tak dapat serlahkan potensi diri dia," kata bekas penolong jurulatih Kuching City FC itu.

Sumber : Harian Metro

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama