Stuart Wilkin Pernah Bermain Sebagai Penjaga Gol

Baru-baru ini, pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin mendedahkan yang dia sebenarnya tidak memulakan kariernya sebagai pemain tengah, sebaliknya dia merupakan seorang penjaga gol.


Stuart Wilkin Pernah Bermain Sebagai Penjaga Gol



Wilkin berkata kepada portal Fifa ;


"Apabila saya mula bermain semasa kanak-kanak, saya benar-benar pemalu. Apabila tiba masanya untuk memilih posisi, semua orang keluar padang dan tiada penjaga gol, jadi di situlah mereka meletakkan saya.


"Saya akhirnya beraksi selama beberapa musim sebelum kebanyakan pemain bagus pergi dan saya bertanya kepada jurulatih jika saya boleh diletakkan pada posisi lain.



"Mereka akhirnya memainkan saya sebagai penyerang ketika berusia 10-12 tahun dan saya mula kerap menjaringkan gol dan di situlah semuanya bermula," katanya.


"Saya mempunyai ejen di England yang hadir ke sekolah bersama Junior dan nama saya disebut-sebut.


"Beberapa panggilan telah dibuat di Malaysia dan sebelum saya sedar mempunyai peluang untuk pergi dan menjalani sesi percubaan," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama