Persiapan Lancar, Pemain Badminton Perlu Kekal Fokus

Menjelang Terbuka Perancis yang bermula esok, skuad badminton Malaysia dilihat sudah bersedia memulakan saingan masing-masing.


Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata persiapan pemain lancar dan mengharapkan pemain terus fokus menjelang perlawanan pertama esok.


Persiapan Lancar, Pemain Badminton Perlu Kekal Fokus



Lee Zii Jia akan menjadi wakil tunggal negara untuk acara perseorangan lelaki dan akan menentang pemain dari Denmark.


Rexy berkata,


"Setakat ini semua persiapan berjalan dengan lancar. Mereka perlu terus kekal fokus untuk kekalkan prestasi dan rentak permainan.


"Cuma saya harap mereka tak terkesan dengan perubahan cuaca dan perjalanan yang jauh ini.


"Apa yang penting adalah mereka berikan yang terbaik. Capai prestasi yang ditetapkan dan tingkatkan lagi kepercayaan dalam diri sebelum Olimpik," katanya.


Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan membuka tirai saingan menentang beregu Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel di pusingan pertama.


Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang kembali ke Paris dengan misi untuk merampas gelaran juara dimenangi pada 2022 akan berdepan wakil China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu.


Manakala dalam aksi beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan memulakan cabaran menentang rakan senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama