Mungkin sudah dijangka oleh segelintir peminat bola sepak dengan kekalahan kepada Oman awal pagi tadi. Mungkin banyak faktor yang perlu di ambil kira untuk perlawanan ini.
Malaysia kalah 0-2 kepada tuan rumah dalam aksi kelayakan Piala dunia 2026 dan piala asia 2027. Malaysia juga jatuh ke tangga ketiga selepas kekalahan ini.
Pasukan Oman berada di ranking ke 80 dunia dan bakal menjadi mangsa balas dendam apabila mereka berkunjung ke SNBJ pada hari selasa ini.
Pasukan itu juga mula menyerang gawang malaysia seawal 10 minit pertama namun syihan masih boleh mengawal keadaan.
Pada minit ke 13, Malaysia hampir dibolosi namun tandukan Omer Al-Marki berjaya digagalkan oleh Syihan dan pemain pertahanan negara.
Selepas 30 minit, baru lah skuad negara menguji gawang oman namun begitu rembatan Stuart Wilkin berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.
Pada minit ke 57, gol oman terhasil apabila Ali Sulaiman menghantar bola kepada Al Sabhi untuk menewaskan syihan.
Gol kedua pula muncul pada minit ke 88 menerusi pemain Muhsen Saleh Al-Ghassani yang menampan masuk hantaran Al Busaidi pada minit ke-88.
Keputusan akhir, Oman 2-0 Malaysia. Perlawanan seterusnya di SNBJ menentang pasukan Oman.
Catat Ulasan
Jom komen ! :)