Harimau Malaya Kalah lagi

Walaupun beraksi dihadapan penyokong sendiri, skuad bimbingan kim pan gon gagal menunjukkan kehebatan apabila kalah 0-2 kepada Oman buat kali kedua berturut-turut.


Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Malaysia kini diambang penyingkiran dari layak awal ke Piala Asia 2027 selepas mengalami dua kekalahan.


Harimau Malaya Kalah lagi



Kalau kita menang baki dua perlawanan pun belum tentu kita boleh layak secara terus ke Piala Asia nanti. Mahu atau tidak kena lalui kelayakan pusingan ketiga nanti.


Pasukan Oman yang berada di ranking ke 80 dunia itu hanya memerlukan dua pemain mereka menekan 3 pertahanan negara sepanjang perlawanan dan bakinya hanya bertahan di ruang mereka.


Arif Aiman hampir menjaringkan gol awal tetapi gagal melakukannya apabila percubaannya ditahan penjaga gol oman seawal minit pertama perlawanan.


Gol yang dicari oleh oman muncul pada 45+1 menerusi sepakan penalti Omer Al Malki selepas Syihan menjatuhkan Muhsen di dalam kotak penalti.


Begitu juga di babak kedua, gol hanya muncul pada minit terakhir perlawanan menerusi Mohamed Mubarak. Keputusan Akhir MALAYSIA 0-2 Oman.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama