Harimau Malaya Hilang Dua Tonggak Utama Sebelum Lawan Oman.

Berita yang tidak enak untuk didengar iaitu dua pemain utama Harimau Malaya tidak terbang ke Oman kerana mengalami kecederaan.


Dua pemain itu adalah Matt Davies dan juga Junior Eldstal. Kim Pan Gon berkata ;  


Harimau Malaya Hilang Dua Tonggak Utama Sebelum Lawan Oman.



"JDT memohon pengecualian untuk Davies dan Eldstal agar mereka dapat menjalani rawatan pemulihan dengan kelab mereka. Laporan kecederaan disertakan bersama surat itu.


"Dengan ketiadaan kedua-dua pemain itu, skuad Harimau Malaya kini terdiri daripada 31 pemain dalam kem latihan," katanya.


Kini hanya tinggal 31 orang pemain dari senarai asal 33 pemain yang dipanggil. Namun begitu 7 daripada 31 pemain ini akan di pulangkan ke skuad bawah 23 tahun yang juga akan memulakan latihan pusat sebelum piala asia pada april.


24 Pemain dibawa kim pan gon ke oman bagi menghadapi tuan rumah untuk kelayakan piala dunia 2027 tidak lama lagi. Semoga kita boleh memenangi perlawanan ini.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama