Fokus Lebih Punca Menang Lawan Kodai

Itulah yang diluahkan bintang badminton no 1 negara, Lee Zii Jia selepas melakar kejutan keatas pemain number 4 dunia, Kodai Naraoka.


Lee Zii Jia yang mendapat kritikan hebat dari netizen nampak bersemangat dalam aksi sulung di ALL England tahun ini. 


Fokus Lebih Punca Menang Lawan Kodai



Dia juga menang straight set 21-12 dan 21-19 dalam tempoh hanya 49 minit sahaja. Zii Jia berkata;  


"Saya memberi fokus yang lebih untuk melakukan pukulan serangan hari ini," kata Zii Jia ketika ditemubual Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


"Setiap kali bertemu Kodai, kami perlu bersiap sedia kerana perlawanan pasti akan menjadi sengit. Dia seorang pemain yang bagus, bertahan. Apapun, saya gembira dengan prestasi diri saya hari ini."


Zii Jia selepas ini dijadual bertemu pemain Singapura, Loh Kean Yew di pusingan kedua selepas lawannya itu menewaskan Ng Ka Long dari Hong Kong 21-12, 21-17.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama