Azam Azmi Boleh Main Senior dan U23

Kelibat pertahanan muda negara, Azam Azmi Murad di skuad senior menimbulkan persoalan sama ada dia boleh bermain di skuad muda negara di Piala Asia tidak lama lagi atau tidak.


Ia agak unik apabila dua skuad negara mempunyai misi yang sama iaitu layak ke piala asia 2027 manakala skuad muda negara perlu layak ke semi final piala asia untuk membolehkan layakke olimpik julai nanti.


Azam Azmi boleh main senior dan u23



Azam berkata : 


"Saya akan lakukan yang terbaik tidak kira di mana jua saya akan bermain. Terpulang kepada jurulatih untuk memutuskan saya ke skuad senior atau B-23.


"Tetapi sasaran saya tahun ini adalah pergi Oman untuk bantu Harimau Malaya layak ke peringkat seterusnya. Saya juga ada sasaran dalam skuad B-23 di Piala Asia nanti.


"Sekarang saya lebih memilih ke skuad senior kerana mereka bermain dahulu, kalau saya terpilih dalam skuad senior, saya pergi ke sana," katanya ketika ditemui di hotel pasukan, semalam.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama