-->

Badminton Dapat Peruntukan Antara Paling Banyak Untuk Road To Gold.

Badminton Dapat Peruntukan Antara Paling Banyak Untuk Road To Gold menjelang aksi pertama sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi.


Badminton Dapat Peruntukan Antara Paling Banyak Untuk Road To Gold.



Perkara itu didedahkan oleh penyelaraan RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata atlet lain yang terbabit adalah atlet profesional badminton negara, hoki, angkat berat, terjun dan berbasikal.


"Antara pecahan perbelanjaan itu adalah atlet terjun, mereka menerima peruntukan sebanyak RM458,177.45, berbasikal RM 465,239.66 dan angkat berat RM20, 025.44.


"Sementara pemain hoki Malaysia terima RM342, 903.62 dan atlet profesional badminton negara pula terima RM1,068,085. 24," katanya 


Bagi sukan badminton ialah Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin Teo Ee Yi, Pearly Tan, M Thinaah, Ng Tze Yong, Chen Tang Jie dan Toh Eei Wei.


Sukan Badminton sememangnya menjadi tumpuan kerena mempunyai peluang cerah untuk membawa pulang pingat dari Olimpik.


Jadi tak hairan pun kalau banyak dana diberikan kepada para pemain-pemain yang layak bagi mengurangkan bebanan mereka yang sedang berlatih dengan bersungguh-sungguh.


Kita mengharapkan agar bantuan dana yang disalurkan ini dapat meningkatkan prestasi pemain dan juga menaikkan semangat untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama