Tahniah Buat Pemain- Presiden BAM

Walaupun kalah dalam perlawanan akhir Badminton Asia Team Championship 2024 baru-baru ini, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berbangga dengan prestasi pemain dan mengucapkan tahniah kepada pemain yang sudah berkorban.


Norza berkata ; "Walaupun gagal mempertahankan (kejuaraan), kita ingin mengucapkan tahniah kepada pemain yang telah memberikan segalanya untuk mencapai kejayaan ke peringkat final ini.


Tahniah Buat Pemain- Presiden BAM



"Jun Hao merupakan satu revolusi kepada kita semua bahawa dia boleh menjadi. Sekiranya Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong bersama-sama pada Piala Thomas akan datang, Jun Hao akan jadi pemain perseorangan ketiga sangat kuat," katanya.



"Saya rasa kita automatik layak ke Piala Thomas (selepas berada dalam kelompok empat terbaik di BATC) dan yakin kalau buat persediaan lebih baik, kita akan dapat menyaingi kuasa besar terutamanya dalam merampas semula Piala Thomas (kali terakhir juara pada 1992).


"Jadi, saya rasa apa yang harus lakukan adalah kita sudah nampak laluan ke Piala Thomas dan saya berharap Rexy serta mereka yang lain dapat membina momentum tersebut ke Chengdu," kata Norza.


Terbaru, Rexy membidas Ng Tze Yong kerana mengatakan latihan keras yang dilakukan BAM kepada dirinya menyebabkan dia mengalami kecederaan belakang.


Rexy juga menafikan pemain itu berlatih 6 jam sehari seperti yang didakwanya. Kita harap pemain bangkit untuk perlawanan seterusnya dan juga di terbuka german pada minggu hadapan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama