Betul Cakap Chong Wei

Baru-baru ini, Luahan Lee Chong Wei turut mendapat perhatian presiden BAM dan menyifakan betul cakap Chong Wei mengenai prestasi kurang baik skuad badminton negara ketika ini.


Skuad negara gagal mempertahankan kejuaraan Badminton Asia Championship apabila tewas 0-3 kepada China. Manakal skuad wanita pula hanya layak ke suku akhir dan kalah kepada Indonesia juga dengan keputusan 0-3.


Betul Cakap Chong Wei



Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata 


"Saya sudah bercakap dengan Chong Wei semalam dan seperti biasa ia luahan perasaan beliau terhadap pemain kita. Saya kata kepada Chong Wei (sebenarnya itu) merupakan keresahan semua pihak," katanya ketika dihubungi hari ini.


"Saya terima dengan hati terbuka kerana Chong Wei merupakan autoriti yang boleh bercakap tentang perkara ini. Kalau orang yang tiada kena-mengena memang saya resah tapi ini autoriti," katanya.


Minggu hadapan bermulalah aksi kejohanan demi kejohanan badminton secara terus dan antara yang bakal dilalui adalah Piala Thomas dan Uber.


Selain itu sasaran emas di olimpik paris 2024 juga menjadi perhatian dan idaman bagi rakyat Malaysia menyaksikan skuad badminton dapat membawa pulang emas kali ini.


Apa-apa pun semoga berjaya buat skuad badminton negara dalam perrtandingan-pertandingan selepas ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama