Skuad Badminton Wanita Malaysia dibantai Thailand

Aksi terakhir kumpulan Y  untuk skuad Malaysia bertukar duka apabila mreka dibantai pasukan jiran , Thailand dengan keputusan 1-4 dan ia sekali gus membuatkan skuad negara gagal menjadi juara kumpulan.


Shah Alam: Skuad badminton wanita negara terlepas peluang untuk muncul juara Kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas tumpas pada aksi terakhir peringkat kumpulan 1-4 ketika berdepan Thailand di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) sebentar tadi.


Skuad Badminton Wanita Malaysia dibantai Thailand



Walaupun tumpas, Malaysia tetap mara ke suku akhir esok mengiringi Thailand, namun bakal berdepan tugas sukar akan bertemu juara Kumpulan W, X dan Z.


Menurut penyumbang mata tunggal negara, Wong Ling Ching, walaupun mereka tumpas kepada Thailand namun sentiasa boleh memberi tentangan bagi setiap perlawanan.


"Ada aksi yang diheret sehingga ke rubber set, malah mata pula dekat-dekat. Saya rasa boleh untuk kejar mereka. Jurang tidak jauh, cuma kena perlu pertingkatkan lagi," kata pemain berusia 21 tahun itu.



Malaysia kalah dalam perlawanan pertama menerusi Goh Jin Wei yang kalah di tangan Supanida Katethong dengan keputusan 13-21, 24-26.


Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah juga kecundang dalam 3 set game kepada Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dengan keputusan 22-20, 15-21, 19-21.


K Letshanaa juga tidak mampu mengekang asakan pemain Thailand iaitu Busanan Ongbamrungphan apabila kalah straight set 21-17, 21-18.


Tan Zhing Yi-Teoh Mei Xing juga kalah kepada pasukan dik-beradik, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dengan keputusan  21-17 21-18.


Hanya seorang sahaja wakil negara yang memenangi perlawanan ini iaitu Ling Ching berjaya mengalahkan perseorangan wanita thailand denga keputusan 19-21, 21-15, 21-16.


Malaysia bakal bertemu juara kumpulan W,X dan Z di pusingan suku akhir nanti..


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama