Rahadiazli Perlu Keluar - Jurulatih Terengganu

Nasib penjaga gol terengganu fc Rahadiazli Rahalim bagai sudah di sahkan bakal meninggalkan pasukan itu untuk minit permainan yang lebih banyak.


Jurulatih Terengganu melihat Rahadi sebagai prospek masa depan yang bernilai dan mahukan dia bermain sebagai penjaga gol utama di pasukan lain.


baca juga : Safawi tak boleh main lawan jdt.


Rahadiazli Perlu Keluar - Jurulatih Terengganu



Ini kerana tfc sudah mempunyai Suhaimi hussin yang bermain cemerlang di posisi berkenaan. 


Menurut Steinbruckner berkata;


"Saya berbincang dengan pengarah sukan dan ketua pegawai eksekutif musim lepas kita (Mohd Sabri Abas) mengenai Rahadi (Rahadiazli). Saya mahu beri dia (Rahadiazli) jalan penyelesaian.


"Dia perlu keluar untuk menjadi penjaga gol nombor satu. Dia perlu bermain dalam setiap perlawanan...bukan beberapa perlawanan sahaja seperti musim lepas," katanya 


"Kita juga mempunyai Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan. Dia (Akram) tidak bermain dalam semua perlawanan musim lepas tetapi dia seorang pemain yang baik.


"Kita juga sedang menunggu dua pemain. Seorang pemain Croatia dan seorang lagi dari ASEAN bagi pemain tengah menyerang," katanya yang turut membawa naik tiga pemain dari skuad Terengganu FC ll (TFC ll) ke TFC musim ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama