Jordan musuh kami kata jurulatih Qatar

Perang psikologi sudah bermula di antara jurulatih pasukan Qatar dan juga Jordan menjelang aksi final piala asia 2023 yang akan berlangsung malam ini jam 11 malam waktu Malaysia.

Ketua Jurulatih Qatar, Marquez Lopez berkata


"Ammouta berkata aksi esok merupakan perlawanan antara adik-beradik, tetapi pada akhirnya akan ada satu pemenang.


Jordan musuh kami kata jurulatih Qatar



"Ammouta jurulatih yang baik, hubungan antara dua negara (juga) sangat baik dan sudah pasti kami berdua mahu final ini menjadi satu perlawanan yang baik antara dua negara Arab.



"Berdasarkan apa yang telah dipersembahkan di sini, bola sepak Jordan membangun dengan baik dan saya harap ia akan berterusan, bagi kami (Qatar), kita di sini untuk meraih kejayaan dan menjulang trofi serta menjadi yang terbaik di rantau ini," katanya pada sidang media praperlawanan di sini, hari ini.


"Kami bermain setiap perlawanan dengan semangat, keberanian dan keinginan untuk memenangi perlawanan dan kami mempunyai inspirasi untuk melakukannya, itu yang penting," tambah jurulatih qatar itu lagi.


Sementara itu, kapten Qatar, Hassan Al-Haydos berkata, 


"Dalam perlawanan menentang mereka, kami sudah jangka mereka akan pergi jauh dan sekarang kami akan jumpa di final.


"Mereka bermain dalam setiap perlawanan dengan hebat, mereka layak berada di mana mereka berada sekarang dan Qatar layak berdasarkan perkara sama, sebab itu kedua-dua pasukan bermain di final," kata pemain berusia 33 tahun itu.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama