BAM tagih khidmat Pemain Indonesia

Agak pelik bila melihat tindakan Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang memilih membawa dua bekas pemain kebangsaan Indonesia, Ade Yusof Santoso dan Gerardo Rizqullah Hafidz bagi dijadikan rakan sepelatih kepada atlet negara.


BAM tagih khidmat Pemain Indonesia



Menurut Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky berkata;


"Perbincangan untuk untuk mengambil kedua-dua bekas pemain kebangsaan Indonesia ini sebenarnya sudah lama dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi meningkatkan lagi prestasi Pearly-Thinaah," katanya 



"Saya bukan tidak mahu mereka berlatih dengan beregu wanita yang lain kerana seperti media tahu, jurang antara Pearly-Thinaah dan pemain-pemain lain itu jauh.



"Malah kita juga tidak mahu guna pemain pelapis atau remaja seperti mana yang dilakukan sebelum ini untuk menjadikan rakan sepelatih Pearly-Thinaah sebab mereka juga ada tugas masing-masing yang memerlukan mereka untuk fokus," katanya.


"Umur mereka masih lagi muda cumanya mereka tidak lagi bersama skuad kebangsaan. Jadi mereka bersetuju untuk jadi rakan sepelatih dan harap kita boleh menaikkan lagi prestasi Pearly dan Thinaah," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama