Tajikistan Layak ke Suku Akhir Piala Asia

Satu kejutan berlaku awal pagi tadi apabila pasukan Tajikistan berjaya mengalahkan pilihan utama kejohanan UAE dan layak ke suku akhir piala asia 2023. Keputusan perlawanan berakhir dengan seri 1-1 dan diteruskan dengan sepakan penalti yang berpihak kepada tajikistan 5-3.


Tajikistan Layak ke Suku Akhir Piala Asia



Jurulatih Tajikistan berkata tiada siapa di tajikistan akan tidur nyenyak selepas melihat kejayaan pasukan itu kali pertama ke Piala Asia dan kali pertama layak ke suku akhir piala asia 2023. 


Peter segrt berkata ;"Tiada siapa di Tajikistan tidur malam ini," 

"Ketika 1-1 pada minit ke-94, semua orang tampak kecewa tetapi saya beritahu pemain supaya terus bersemangat. Jika anda jatuh, anda perlu bangkit.


"Saya jerit, ayuh, tiada yang mustahil. Jangan putus asa. Ini karakter pemain, jurulatih, negara dan semangat perjuangan.


"Akhirnya, ia mengenai tuah. Saya tahu impian saya, mahu ke peringkat seterusnya sekali lagi."

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama