Perlawanan pertama kena menang - Syihan Hazmi

Aura kian terasa, Piala Asia kini membuka tirainya. Peluang skuad negara untuk mencipta kejutan juga semakin baik. Rakyat Malaysia juga sudah tidak sabar melihat aksi anak buah Kim Pan Gon menjelang pertemuan pertama menentang Jordan pada selasa.


Perlawanan pertama kena menang - Syihan Hazmi



Penjaga gol nombor satu Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed berkata,


"Perlawanan pertama kena menang, kena kutip mata...kenapa kena menang dengan Jordan, sebab kita kena ambil peluang ini untuk melangkah ke (peringkat) seterusnya, kita tak nak duduk setempat saja," katanya ketika ditemui media Malaysia di hotel penginapan pasukan di sini, hari ini.


"Semua pemain bagi yang terbaik dan set mental serta diri untuk perlawanan pertama nanti," kata pemain berusia 28 tahun itu.


"Ramai penjaga gol di Malaysia beri semangat kepada kami (tiga penjaga gol) di sini, mereka bagi sokongan dan kongsi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.


"Sebagai penjaga gol, kita perlu ambil pengalaman orang lain kerana daripadanya kita boleh lebih maju," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama