Pengadil Malaysia cipta sejarah di Piala Asia 2023

 Akhirnya ingin melihat pengadil Malaysia beraksi di pentas Asia direalisasikan dalam perlawanan Syria vs Vietnam semalam. 3 orang pengadil kita melakukan tugas dengan baik seterusnya meningkatkan lagi kualiti pengadil Malaysia di peringkat antarabangsa.


jika selalu kita lihat pengadil kita hanya menjadi pengadil keempat perlawanan. tetapi kali ini Malaysia sudah mampu menjadi pengadil utama yang mengadili perlawanan.


Pengadil Malaysia cipta sejarah di Piala Asia 2023



Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia, Pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid telah mengadili perlawanan Kumpulan D, Piala Asia 2023, Iraq lwn Vietnam di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar, hari ini.


Ia merupakan perlawanan sulung ketiga-tiga mereka beraksi di tengah padang sejak saingan Piala Asia 2023 bermula 12 Januari lalu selepas Nazmi ditugaskan sebagai pegawai keempat pada perlawanan China lwn Tajikistan (13 Januari) dan Iraq lwn Jepun (19 Januari 2024).


Pengadil Malaysia cipta sejarah di Piala Asia 2023


Zairul diletakkan sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan China lwn Tajikistan manakala Arif sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan Iraq lwn Jepun.


Pentas Piala Asia 2023 ini penting buat trio set pengadil dari Malaysia itu untuk mereka berada dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil yang bakal dipilih untuk beberapa siri kursus dan ujian iaitu 'FIFA World Cup Candidate' sebagai syarat pemilihan secara merit bagi Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.


Ketiga-tiga Pengadil FIFA tersebut merupakan di antara 35 pengadil dan 39 penolong pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan di sepanjang kempen Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

--

Semoga pengadil-pengadil Malaysia ini dapat beraksi di pentas pusingan 16 dan juga di final Piala Asia nanti. satu kebanggan buat para pengadil dan rakyat Malaysia juga.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama