Malaysia vs Jordan : Cools mahu bermatian untuk menang

menjelang aksi pembukaan awal pagi esok, kapten pasukan Malaysia Dion Cools memberi jaminan yang dirinya akan lakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan pertama menentang Jordan nanti.


Cools mahu bermatian untuk menang



Cools berkata ; "Saya akan melakukan apa sahaja untuk memenangi permainan ini. Ia adalah satu pencapaian yang menakjubkan jika anda boleh layak ke pusingan seterusnya.


"Saya benar-benar percaya bahawa pasukan kami mampu melakukannya. Saya akan berlari, saya akan berjuang, saya akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kita mampu memenangi permainan," katanya.


"Kita ada kualiti kita, mereka ada kualiti mereka. Jadi saya tidak mengambil berat mengenainya kerana setiap pasukan ada kekuatan masing-masing.


"Jika Pasukan Jordan ada pemain besar dan tinggi, tapi pemain Harimau Malaya laju dan lincah. Itu kelebihan kita," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama