Kita akan menilai dan menganalisis perlawanan - Kim Pan Gon

Menjelang pembukaan Piala Asia 2023 tidk lama lagi, Rata-rata peminat bola sepak tanah air sudah mempunyai first eleven masing-masing. Yang Mana first eleven ini merupakan tonggak utama bagi pasukan negara beraksi di peringkat kumpulan.


Kita akan menilai dan menganalisis perlawanan - Kim Pan Gon



Namun begitu lain pula untuk jurulatih skuad negara, Kim Pan Gon. Beliau berkata sesiapa sahaja boleh jadi kesebelasan utama. Ia semua adalah berdasarkan prestasi semasa dan juga taktikal jurulatih.

Ditemui selepas perlawanan menentang Syria baru-baru ini, Pan Gon berkata;


"Kita akan menilai dan menganalisis perlawanan ini sebelum barisan kejurulatihan memutuskan senarai kesebelasan utama bagi perlawanan pertama nanti.


"Jadi sesiapa sahaja boleh membarisi kesebelasan utama," katanya 

Malaysia akan bertemu dengan JJordan pada awal pagi selasa iaitu 16 Januari 2024 jam 1.30 pagi waktu Malaysia. Harapan yang menggunung daripada peminat bola sepak Malaysia untuk pasukan ini memberikan yang terbaik dalam Piala Asia nanti.

Sudah pasti ia sukar tetapi buat terbaik hasilnya kiita belakang kira ya. Semoga berjaya buat skuad Malaysia.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama