Iraq Kalahkan Jepun, Bolot satu slot ke pusingan seterusnya.

Iraq berjaya mengalahkan Jepun dengan jaringan 2-1. Keputusan yang mengejutkan apabila gergasi bola sepak Asia, Jepun kalah ditangan Iraq dalam perlawanan kedua Piala Asia peringkat kumpulan.


Iraq Kalahkan Jepun, Bolot satu slot ke pusingan seterusnya.



Highlight Iraq vs Jepun

Dalam perlawanan ini pasukan Jepun dikejutkan dengan gol awal oleh Iraq pada minit ke 5 perlawanan. Aymen menanduk masuk ke gawang jepun selepas penjaga gol mereka berada jauh dari pintu golnya.


Kemudian gol kedua muncul pada minit ke 45+4 juga menerusi pemain yang sama iaitu Aymen Hussein.


Jepun mendapat gol saguh hati selepas berjuang berhabis-habis dan mendapat gol yang dijaringakn oleh Wataru Endo di masa kecederaan.


Statistik Iraq vs Jepun


Seperti kita maklum, Jepun menddominasi perlawanan dengan 15 percubaan ke gawang gol iraq dan hanya 2 sahaja on target. Manakala pasukan Iraq pula dengan 8 percubaan dan 3 on target.


Iraq Kalahkan Jepun, Bolot satu slot ke pusingan seterusnya.


Ball possesion juga di menangi oleh Jepun dengan 73% manakala Iraq hanya 27% sahaja.


Jepun lebih baik dari segi pass accuracy dengan 80% manakala Iraq hanya 58% sahaja.


Inilah bola sepak. ia boleh jadi sekejam ini. Hasil dari pertandingan ini, Iraq sudah rasmi layak kepusingan seterusnya. manakala Jepun perlu menunggu perlawanan terakhir mereka menentang Indonesia untuk layak jika berjaya mengalahkan mereka.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama