Ia permulaan Baik - Kim Pan Gon

Mengulas mengenai keputusan seri yang di peroleh Malaysia menentang Syria semalam, Kim Pan Gon tampak ceria melihat aksi anak buahnya yang berjaya memberi saingan kepada pasukan ranking 91 dunia itu.


Ia permulaan Baik - Kim Pan Gon



Kim pan gon berkata; 

"Ia permulaan yang baik, kita mampu beri saingan kepada pasukan di ranking 91 dunia. Saya amat gembira dengan persembahan pemain terutama di babak pertama.



"Hari ini (awal pagi tadi) kita beri semua pemain peluang untuk mendapatkan minit permainan di mana kita buat pertukaran yang banyak di pertengahan babak kedua.


"Bukan mudah bermain selepas membuat banyak pertukaran di minit 65, apapun saya gembira kita bangkit selepas ketinggalan untuk ikat permainan dengan 2-2.


"Malah di hujung permainan kita kembali kuasai permainan untuk beri tentangan sengit kepada pasukan ranking 91 itu, dan saya fikir pemain semakin berkeyakinan sebelum kita turun menentang Jordan.


"Saya percaya kita mampu bersaing sebaik aksi pertama (Piala Asia) bermula nanti," katanya di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Jordan dan dua lagi lawan iaitu Bahrain dan Korea Selatan.



"Sejak akhir tahun lalu kita mulakan kem latihan di hujung Disember, kita tidak mempunyai perlawanan rasmi untuk menguji pemain.


"Ini perlawanan pertama kita selepas hampir sebulan, saya fikir sangat baik sekali. Bagi saya aksi ini beri manfaat berguna kepada kita sebelum bermulanya kempen sebenar," kata Pan-gon.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama