Chong Wei Bantai Atlet Badminton Negara Kaw Kaw

Prestasi buruk skuad badminton negara di terbuka Malaysia 2024 menyebabkan lagenda badminton negara tidak senang duduk. Malah Chong Wei sendiri mendedahkan yang ada pemain yang bercuti di luar negara sebelum kejohanan ini berlangsung.


Menurut harian metro, Chong Wei tanpa berselindung berkata;


"Saya harap pemain selepas ini sedar dengan tanggungjawab mereka, mereka perlu berkorban untuk kerjaya mereka. 


"Saya tengok di media sosial ada pemain yang bercuti di luar negara sewaktu Krismas sedangkan mereka tahu Terbuka Malaysia akan bermula pada 9 Januari. Bukan saya mahu kata tidak boleh bercuti, tetapi kena tahu tengok masa. 


Chong Wei Bantai Atlet Badminton Negara Kaw Kaw



"Pemain pergi bercuti selepas itu balik tinggal berapa hari saja lagi untuk Terbuka Malaysia bermula. Sebagai bekas pemain, saya tahu, kita balik daripada cuti bukan boleh terus buat latihan penuh.


 "Pemain kena berkorban untuk capai apa yang mereka impikan, tiada jalan mudah. "Saya dulu Tahun Baru Cina pun cuti satu hari saja, bukan cakap saya bagus, tetapi boleh tanya kepada mana-mana jurulatih yang pernah latih saya, macam mana cara saya kerana saya sedar saya perlu berkorban untuk berjaya," katanya


"Saya boleh kongsikan, pemain China, Korea dan Jepun waktu Krismas dan tahun baharu tiada cuti untuk mereka, semua fokus kepada latihan. Malah, ada kejohanan tempatan yang berlangsung di Jepun waktu itu. 


"Pada Terbuka Malaysia kali ini, semua boleh nampak pemain negara mana yang bermain dengan baik... China, Korea dan Jepun. Mana yang pergi bercuti semua hancur. 


"Sebagai manusia memang kita perlukan cuti dan rehat tetapi kena tengok masa. Nanti bila sudah menang pingat emas Sukan Olimpik atau bersara, nak cuti setiap hari pun tiada siapa akan kacau," kata  chong wei lagi


 "Mahu menang satu kejohanan setahun senang, tetapi mahu kekalkan itu yang susah. Perkara paling utama adalah kemahuan pemain dan apa yang mereka mahukan. "Nak jadi pemain nombor satu dunia bukan boleh dapat selepas menang satu kejohanan, kena menang tujuh atau lapan gelaran satu tahun, masuk separuh akhir, masuk final. Untuk meraih pencapaian itu, pemain kena berlatih dan berkorban.


 "Tahun ini adalah tahun yang sangat penting kerana ada Sukan Olimpik. Jadi, saya harap pemain sedar dan bangkit kembali," katanya. 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama