Padang Teruk Tak Layak Digunakan Untuk Final

Semalam tular gambar keadaan stadium Nasional Bukit Jalil selepas konsert coldplay yang berlangsung dua minggu lalu. Lebih menduka citakan lagi adalah padang tersebut akan diguna pakai dalam aksi final malam ini diantara JDT dan Terengganu FC.


Keadaan padang yang menyedihkan itu dianggap tidak layak digunakan untuk aksi final yang sangat berprestij. Keadaan rumput yang dilihat seperti ditampal di bahagian tengah padang amat mengecewakan penyokong.


Padang Teruk Tak Layak Digunakan Untuk Final

Dalam gambar dari Malaysia Gazette juga melihatkan bertapa teruknya padang SNBJ. kelihatan juga TMJ meninjau padang ketika sesi latihan pasukan JDT semalam.


Pasukan Terengganu pula tidak dapat melakukan latihan rasmi di venue perlawanan semalam. Hanya berlatih di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur sahaja.


Malah pemain-pemain kedua-dua pasukan meluahkan kekecewaan mereka apabila melihat padang sedimian.Netizen pula ada menyamakan keadaan padang nasional bukit jalil seperti kuih seri muka apabila jelas nampak dua lapis yang ditampal di tengah padang.


Apa sudah jadi dengan MFL dan perbadanan stadium nasional kita ni? kalau sudah teruk sedemikian, pilihlah venue lain. Takut nanti pemain-pemain akan cedera menjelang aksi piala asia nanti.

Apa pula komen anda?  

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama