-->

Ulsan Tiada Tekanan Jumpa JDT

Menjelang pertemuan dengan JDT malam ini di stadium Sultam Ibrahim, Jurulatih Ulsan Hyundai nampak bermain psikologi apabila menganggap mereka turun tanpa tekanan bermain di Johor.


Ulsan Tiada Tekanan Jumpa JDT


Bintang yang direhatkan sebelum ini adalah Jung Seung-hyun, Darijan Bojanic dan Gustav Ludwigson di jangka akan menguatkan pasukan mereka menentang JDT.

Myung Bo berkata;

"Tidak betul, saya merehatkan ketiga-tiga pemain itu berdasarkan prestasi ketika latihan untuk persiapan menentang Daegu dan tidak ada kena mengena unuk menentang JDT malah saya sudah merangka perancangan bagi aksi ACL.


"Namun, kita melakukan persiapan yang baik untuk pertarungan malam esok dan semua pemain akan mmberi sepenuh tumpuan bagi memastikan tiga mata tidak terlepas walaupun sedar akan berdepan JDT yang akan tampil dengan permainan berintensiti tinggi.


"Kita juga sedar JDT mempunyai kemudahan stadium yang baik serta penyokong fanatik dan ianya tidak akan memberi kesan kepada pasukan Ulsan untuk memenangi pertarungan esok," ujarnya dalam sesi sidang media.


"Kita tidak boleh mengawal keadaan cuaca dan itu tidak menjadi satu isu mahupun tekanan buat pasukan kami," jelasnya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama