Tugas Sukar JDT sekat Ulsan Hyundai

Kerisauan di luahkan oleh jurulatih handal liga super Malaysia, Tano Solari selepas pasukannya menerima kunjungan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai malam ini.

Tano berkata, tugas sukar untuk skuad JDT mengalahkan juara liga korea selatan namun tetap akan memberikan yang terbaik untuk perlawanan itu nanti.


Tugas Sukar JDT sekat Ulsan Hyundai


"Ya kita akan menentang juara liga Korea tapi itu bukan alasan untuk terlalu menghormati mereka, sebaliknya semua pemain JDT begitu bermotivasi dan sentiasa fokus malah sedar pentingnya aksi malam esok.


"Kami kena bekerja lebih keras lagi dan pemain sedar apa yang perlu dilakukan nanti terutama dalam babak pertama perlawanan kerana berdepan Ulsan memerlukan mentatili kuat bagi mengimbangi kekuatan pasukan itu.


"Berbekalkan prestasi memuaskan dalam aksi Liga Super dan saingan separuh akhir Piala Malaysia, kami mahu sesuatu dalam saingan ACL dan ianya bukan misi hidup atau mati kerana dalam permainan bola sepak semuanya perlu konsisten dan mengekalkan corak permainan berintensiti tinggi," katanya.


"Jika diimbas permainan lalu, kita banyak belajar apa yang berlaku selepas mereka jaringkan gol. Malah ia juga berlaku ketika menentang BG Pathum United dan ia tidak boleh lagi berulang kerana akan menjejaskan permainan kami.


"Jadi kita kena berusaha mendominasi permainan dan cuba bermain ofensif selain memperkemaskan lagi benteng pertahanan yang agak longgar apabila begitu mudah membuka ruang kepda lawan menjaringkan gol," kata Solari.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama