Tidak Kira ranking, Kami sentiasa berjuang habis-habisan- Dion cools

Menjelang pertemuan dengan Chinese taipei malam ini, skuad negara sudah pasti akan bermain habis-habisan bagi membawa pulang 3 mata berharga daripada perlawanan ini.


Dion Cools menyatakan keyakinan dan azam skuad negara dalam perlawanan menentang chinese taipei ini walaupun mereka lawan yang berada di ranking bawah kita dalam ranking FIFA.


Tidak Kira ranking, Kami sentiasa berjuang habis-habisan- Dion cools



Cools berkata; 


"Kami sentiasa menghormati lawan, namun tidak kira mereka berada di ranking 100 terbaik dunia atau sebaliknya, barisan pemain tetap berjuang habis-habisan.


"Skuad Harimau Malaya mahukan tiga mata kerana ia penting untuk pastikan peluang kita lebih cerah untuk ke pusingan seterusnya.


"Semua pemain ketika ini berada dalam keadaan gembira dan tidak sabar mahu beraksi pada perlawanan malam esok," katanya pada sidang media praperlawanan Taiwan bertemu Malaysia.


Untuk rekod, Malaysia berada di kedudukan 138 dunia dalam ranking Fifa. Manakala Chinese taipei berada di kedudukan ke 152 dibawah Malaysia.


Jadi, skuad negara perlu menang dalam perlawanan ini. Tapi rekod skuad negara menentang chinese taipei agak menakutkan.


Tapi kita doa yang baik-baik untuk skuad negara ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama