Kim Pan Gon rayu penyokong banjiri SNBJ

Menjelang perlawanan pertama kelayakan piala dunia kumpulan D di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Tamparan hebat dirasai oleh Persatuan bola sepak Malaysia apabila perlawanan ini kurang mendapat sambutan daripada penyokong harimau malaya.


Kim Pan Gon rayu penyokong banjiri SNBJ



Kim Pan Gon rayu penyokong banjiri SNBJ


Namun begitu, Kim Pan Gon tampil merayu agar penyokong turun ke stadium malam ini untuk memberi kegerunan kepada pasukan lawan mengenai HOME harimau Malaya.


Pan gon juga menegaskan yang perlawanan ini sangat penting untuk skuad negara dalam memburu slot ke Piala Dunia nanti.


Jurulatih asal dari Korea Selatan itu berkata; .


"Jika anda mahu ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia, perlawanan ini adalah penting bagi kita. Tanpa sokongan anda, kita tidak boleh berbuat apa-apa, kita mahu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri sepenuhnya dan setiap penyokong perlu datang untuk mencipta persekitaran terbaik.


"Ini adalah 'rumah' kita, sesiapa yang datang ke sini, suasana di stadium sepatutnya rasa gerun kepada pasukan lawan. Hanya 10,000 (penonton) tidak boleh membuat mereka rasa gerun," katanya


Skuad negara akan bertemu dengan Kyrgystan di SNBJ malam ini bagi pemburuan slot ke Piala Dunia. Harimau Malaya mempunyai peluang yang cerah untuk meloloskan diri ke pusingan seterusnya setelah diundi dengan negara oman, Chinese Taipe dan juga kyrgystan.


Ayuh ekor harimau malaya! berikan sokongan anda kepada Harimau Malaya malam ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama