Tidak Boleh Cepat Puas Hati - Kim Pan Gon

Disebalik pujian-pujian yang diberikan kepada Pemain dan juga jurulatih harimau malaya selepas kemenangan keatas India baru-baru ini. Kim Pan Gon mengatakan kita tidak seharusnya cepat berpuas hati dengan kejayaan yang kita hadapi.


Tidak Boleh Cepat Puas Hati - Kim Pan Gon


Selain itu, Pan Gon juga berharap kita dapat mengalahkan Tajikistan dalam perlawanan seterus pada selasa.


"Setiap perlawanan kita tidak boleh cepat berpuas hati. Seperti perlawanan sebelum ini berjaya menjaringkan empat gol cantik ketika menentang India yang berada di kedudukan 102 dunia.


"Hanya melepaskan dua gol dengan kedudukan kita 134 dunia sudah tentu secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi Harimau Malaya.


"Saya mengambil perkara positif dan negatif untuk setiap perlawanan seterusnya memperbetulkan kelemahan itu. Selepas ini, kita akan lawan Tajikistan yang berada di ranking 111 dunia dan berharap dapat capai keputusan positif," katanya.


"Kita menukar modul perlawanan setiap masa. Saya mahu menggunakan kekuatan yang kita ada dan Malaysia mempunyai pemain laju.


"Perlawanan menentang India, kita meletakkan tiga pemain di bahagian serangan dan saya positif untuk perkara itu terutamanya pada separuh masa pertama kerana boleh mencipta lima atau enam gol lagi.


"Sudah tentu ada risiko namun kita memerlukan kekuatan fizikal dan keupayaan optimum pemain kerana setiap perkara dikira supaya mampu mencipta keputusan positif," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama