Pan Gon Minta Maaf

Kegagalan Skuad bimbingannya membawa pulang Piala Pestabola Merdeka semalam telah mengundang beberapa komen pedas dari netizen dan juga pemerhati sukan bola sepakk. Malaysia tumbang sekali lagi di tangan Tajikistan dengan jaringan 2-0 di Stadium Bukit Jalil.


Pan Gon Minta Maaf


Keputusan itu juga menyaksikan rekod baik Harimau Malaya dalam aksi persahabatan terkulai dan terpadam dengan hanya satu kekalahn. selain itu, ranking skuad negara juga jatuh 3 anak tangga kerana kekalahan ini.

Pan gon berkata ;

"Maaf kepada semua penyokong kerana tidak dapat menghadiahkan kejuaraan."


"Kita tidak berjaya (memenangi perlawanan), dan sebagai jurulatih saya ingin mohon maaf. Berdasarkan keputusan kita bermain mengikut falsafah permainan kita, pasukan mendominasi permainan dan beraksi baik.


"Ada sedikit kesilapan dan kita akan perbaiki kelemahan itu, di mana saya sentiasa tekankan mentaliti kemenangan," katanya pada sidang media selepas aksi itu.

--

Kalau sedikit komentar dari fokus bola yang menyaksikan perlawanan semalam. Kita dapat lihat yang pemain-pemain negara kehilangan tonggak penyerang yang berkualiti sepanjang perlawanan. Berbanding dengan aksi lawan India tempoh hari, skuad negara nampak sangat bernafsu dalam menyerang.

Malah pada perlawanan semalam juga kita nampak beberapa kesalahan hantaran mudah skuad negara gagal mendapatkan rakan pasukan masing-masing.

Performance individu juga agak kurang dan rasanya permainan skuad negara sudah mudah dibaca lawan dan perlu ada penambah baikan untuk aksi kelayakan piala dunia dan piala asia yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Apa-apa pun keputusan juga sudah diperoleh. Kita hanya perlu bermuhasabah dan membuat pembetulan agar kesilapan tersebut tidak berulang.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama