Malaysia bantai India di Stadium Bukit Jalil

Malaysia bantai India di Stadium Bukit Jalil. Berita gembira buat rakyat Malaysia apabila berjaya mengalahkan pasukan kuat, India dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Skuad kali ini banyak memberi tekanan kepada pemain-pemain India sehingga mereka gagal memegang bola dalam masa yang lama. Skuad negara membuka jaringan menerusi Dion Cools pada minit ke 8.


Malaysia bantai India di Stadium Bukit Jalil


Kemudian pada minit ke 12, India menyamakan kedudukan menerusi Mahesh Singh yang tidak dikawal rapi oleh pemain negara.

Pada minit ke 17 Malaysia mendapat sepakan penalti selepas Darren Lok dijatuhkan dalam kotak penalti dan sepakan tersebut diselesaikan oleh Arif Aiman Hanapi menjadikan kedudukan 2-1.

Disebabkan pressure yang kuat diberikan oleh pemain negara terhadap pemain India menyebabkan pasukan lawan mudah hilang bola dan hasilnya, Faisal Halim dapat menjaringkan gol secara solo untuk gol ketitga Malaysia.

Masuk babak kedua, Sunil Chetri menjaringkan gol ke2 India pada minit ke 51 menjadikan kedudukan 3-2. Sebenarnya pasukan India bermain baik dengan hantaran pantas mereka tetapi penyudah mereka agak tumpul.

Kontroversi berlaku bola sepakan Changtte sudah masuk ke dalam gawang Malaysia tetapi tidak dikira oleh pengadil. Bagi pengadil tersebut bola berkenaan berada di atas garisan. 

Kemudian Faisal Halim berjaya menghantar bola ketengah kotak penalti India dan di sambut oleh Corbin Ong untuk gol keempat perlawanan.

Keputusan akhir Malaysia 4-2 India.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama