Kami Yakin Mahu Menang - Corbin

Corbin Ong merupakan pemain yang bersama dengan JDT mengalahkan Ulsan hyundai musim lalu dan kini sekali lagi akan bertemu mereka. Namun situasi juga sudah berbeza apabila mereka akan bermain di tempat lawan dan sudah pasti akn mengganggu permainan mereka.


Kami Yakin Mahu Menang - Corbin


Apabila ditanya oleh media mengenai perlawanan ini, Corbin di lihat senada dengan jurulatih mereka yang menganggap perlawanan ini sangat penting kepada mereka.

Corbin berkata; "Saya senada dengan jurulatih (Esteban Solari) bahawa perlawanan esok adalah sangat penting untuk layak ke peringkat seterusnya meskipun kami boleh dianggap pasukan baru dalam kejohanan ini .


"Walaupun kami pernah tewaskan mereka pada musim lalu, banyak aspek sudah berubah berbanding tahun lalu dengan Ulsan menambah beberapa pemain baharu dan bermain di laman sendiri.


"Kami yakin dengan karektor pada pemain dalam pasukan ini sangat bagus dan sentiasa mahu bermain untuk menang dan saya yakin kami akan beri keputusan positif dalam perlawanan esok," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama