Terengganu Tenang Melangkah ke Semi Final Piala Malaysia 2023

 Terengganu Tenang Melangkah ke Semi Final Piala Malaysia 2023. Nampaknya harapan untuk peminat bola sepak Selangor FC ke Semi Final tidak dapat diterjemahkan oleh pasukan mereka apabila mereka sekadar terikat 1-1 di Stadium MBPJ semalam.


Terengganu Tenang Melangkah ke Semi Final Piala Malaysia 2023




Terengganu Menang, Selangor kalah

Tuan rumah, Selangor bermain dengan baik dan nampak kuat di awal permainan dalam memburu gol awal mereka. Cumanya mereka agak tertekan apabila pengadil tidak memberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain terengganu dalam kotak penalti.

Tetapi sebaliknya memberi penalti kepada Terengganu apabila Hakim Hassan dijatuhkan di dalam kotak penalti selangor selepas itu.

Gol pertama menerusi penalti itu diambil oleh bintang serangan TFC iaitu Ivan Mamut pada minit ke 23. Peluang hampir muncul untuk selangor pada minit ke 45 menerusi tandukan harith haiqal tetapi percubaan itu ditepis oleh Suhaimi.


Tekanan demi tekanan diberikan akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan sudut Faisal ditanduk Safuwan yang menerjah jaring di minit 69 bagi menyamakan kedudukan 1-1 sekali gus mengecilkan defisit gol.

Keputusan akhir Selangor 1-1 Terengganu

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama