-->

Pemain Selangor Sepak Pengadil

 Sudahlah kalah, lepastu jadikan pengadil mangsa lepas geram pula tu. Apa nak jadi dengan pemain selangor yang seorang ni. Insiden berlaku pada minit akhir perlawanan di antara Selangor dan juga Terengganu untuk separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023.


Pemain Selangor Sepak Pengadil


Pengadil mana kena tendang?

Untuk perlawanan selangor vs terengganu di Stadium MBPJ semalam, pengadil yang kena tendang adalah Mohd Hasrol Mohd Amir.

Punca Pengadil Kena Tendang.

Ramai yang terkejut dengan aksi yang dilakukan oleh pemain import Selangor yang bernama Yazan AL-Arab. Kronologinya bermula Yazan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada perlawanan tersebut. Kemudian dia menolak pengadil terlebih dahulu.

Selepas itu Mohd Hasrol melayangkan kad merah kepada Yazan. Selepas mendapati yang dirinya sudah mendapatkan kad merah, maka Dia pun menendang pengadil berkenaan.

Akibat Tendang Pengadil

Berdasarkan peraturan permainan, hukuman penggantungan adalah asas biasa buat mana-mana pemain yang didapati menyentuh, menolak mahupun menumbuk pengadil seperti mana yang terdapat dalam peraturan pertandingan bola sepak di seluruh dunia.


Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga sering menggunakan hukuman sama buat pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) yang didapati bersalah melakukan tindakan agresif itu.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama