Terengganu Hebat Kalahkan Central Coast Mariners

 Terengganu Hebat Kalahkan Central Coast Mariners. Satu kejutan diberikan pasukan Terengganu apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan dari Liga Australia dalam aksi pertama peringkat kumpulan AFC Cup 2023.

Terengganu yang bermain baik di sepanjang perlawanan membuatkan keterujaan penyokong melihatt perubahan ketara pasukan Terengganu. Sepanjang musim, TFC sering menjadi mangsa kritikan penyokong kerana prestasi kurang baik dalam liga.


Terengganu Hebat Kalahkan Central Coast Mariners



Tetapi perlawanan menentang central coast mariners sangat positif dan patut di banggakan.

Pasukan Central Coast Mariners di latih oleh bekas pemain import Johor, Abbas Saad mula mencipta peluang untuk menjaringkan gol menerusi percubaan Marco Tulio Lemos pada minit kedua tetapi percubaannya sedikit tersasar.

Percubaan Antonio Mikael pada minit ke 11 agak menguji Suhaimi Hussin namun tindakan pantas dari pertahanan Terengganu berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Pada minit kecederaan separuh masa pertama, Paull menampan bola hantaran dari Norilllo namun nasibnya malang apabila bola itu masuk ke gawang sendiri.

Jaringan sendiri itu menggegarkan Stadium sultan Mizan dengan sorakan penyokong. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan Terengganu 1 - 0 CCM.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama