Malaysia layak ke AFC Piala Asia 2024 Bawah 23 tahun

Malaysia layak ke AFC Piala Asia 2024 Bawah 23 tahun. Itulah yang dimaklumkan kepada kita selepas tamat semua perlawanan kelayakan piala asia bawah 23 tahun semalam dan pagi ini. Sebenarnya kita bernasib baik selepas kalah dalam perlawanan terakhir kepada Thailand semalam.


Malaysia layak ke AFC Piala Asia 2024 Bawah 23 tahun


Laluan sukar Malaysia bawah 23 sebelum ke Asia

skuad bimbingan elavarasan merupakan pasukan terakhir layak ke Piala Asia B-23 di Qatar, tahun depan.

Secara meritnya, pasukan negara berada di kedudukan keempat dalam 4 pasukan tempat kedua terbaik pusingan kelayakan. 

Selain malaysia, kuwait, tajikistan dan china juga layak selepas menduduki tangga kedua peringkat kumpulan masing-masing.

4 pasukan ini telah layak secara automatik ke Piala Asia 2024 di qatar nanti. Sebelum ini, skuad muda negara telah membuat kemunculan dalam piala asia pada tahun 2018 dan 2022.

Tahniah buat skuad harimau muda atas kejayaan layak ke pusingan akhir ini. Semoga ia memberi tonik dan sinar untuk kita membawa pulang piala berprestij ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama